Monday, August 14, 2006

Menteri Seposen - DNA

Mat Saleh panggil "brown nosing". Kita panggil "cium pungkok". Itulah deskripsi terbaik yang boleh saya berikan kepada YB Dato Nazri Aziz aka DNA. Komen-komen yang paling tak berguna datang dari dia. Komen-komen dia samada tak bersesuaian, tak relevan ataupun bersikap tak professional. Satu aje sebabnya - dia ni kaki bodek terbesar di Malaysia. Seposen pun tak guna.

Apalah gunanya dia nak mengambil posisi yang sebegitu dengan Tun Mahathir. Posisi macam tu hanya akan memecahkan kaum Melayu kepada dua khemah. Dengan perlakuannya, Melayu kini terpaksa mengambil kem. Takde jalan tengah. Dia ingat kita nak berperang ke? Mungkin ini disebabkan sifat samseng dan tamaknya.

Kalau dibiarkan, satu Malaysia dia ranapkan. Tak cukup dia ni menteri paling corrupt (rumah di Glenmarie - kawasan jutawan, kereta aje sebanyak 40 biji). Dia juga merupakan menteri yang paling samseng (tak bersesuaian dengan portfolinye menjaga undang-undang dan parlimen). Kawan-kawan baiknya merupakan samseng-samseng underground kaum Cina.

Dia jugak pernah bercita-cita nak jadi Menteri Pertahanan. Kalaulah dia berjaya jadi Menteri Pertahanan, mampuslah kita. Rumah dia aje dia bekalkan dengan Styer Machine Gun dan Missile Launcher. Kalah Adnan Kashoggi nanti.

Ingat tak kes pembunuhan budak Cina yang belajar Law tu yang dikatikan dengan anaknye? Saya dengar-dengar budak yang mati tu anak ketua samseng Cina di Malaysia. Saya dengar lagi yang sekarang ni anak DNA terpaksa ambik cover sekejap. Kalau dijumpa, mampuih budak tu dikerjakan dengan samseng Cina tu. Inilah dia masalah anak-anak orang kaya. Bapak borek anak rintik.

Wednesday, August 09, 2006

Pak Lah Bersuara Akhirnya

Lama jugak saya tunggu. Akhirnya bersuara jugak Pak Lah. Alhamdulillah lah. Sekarang segala soalan-soalan saya telah dijawab. Samada kamu nak percaya, itu terpulanglah pada kamu. Tetapi bagi saya, saya dah puas. Bukan tanggungjawab saya untuk menyelidik secara terlebih. Saya ambil penjelasan dia pada face value. Kalau Pak Lah berbohong, itu antara dia dan Tuhan. Begitu jugak dengan Tun Mahathir dulu, saya ambik segala yang dia kata pada face value. Tak payah nak selidik lebih. Saya buat begitu sebab hidup ni terlalu rumit. Kalau saya nak bertuduh dan menuding jari tak guna jugak sebab saya tak ada bukti kukuh. Yalah saya ada jugak dengar ura-ura itu dan ini, tapi mana bukit saya. Apa yang saya terdaya nak lakukan adalah untuk mengutarakan isu dan menjemput komen ataupun penafian dari mereka-mereka yang terlibat. Nak lebih-lebih tak guna jugak.

Sunday, August 06, 2006

MAYA KARIN atau NAYA KHAIRI?

KJ oh KJ. Kenapa engkau harus menjawab tohmahan-tohmahan tu. Biarlah ia berlalu. Kalau tangan sebelah lagi tak menjawab, tak bertepuklah tangan-tangan tu. Lagi engkau menjawab lagi orang nak mengorek. Pasal Maya Karin ni, depa buat naya kat hang la. Betul ke cakap diorang tu? Kenapa hang tak jawab betui-betui. Hang cakap dak kahwin. Tapi apa pulak dengan tohmahan-tohmahan yang lain. Ada orang cakap kena tangkap khalwat lah, disepak Pak Lah lah. Lain kali buat dek aje la. Saya takut nanti ada pulak si hantu mana-mana keluar dengan evidence bulat-bulat. Naya nanti beb. Betul tak betul lain cerita. Ingat tak kes si KRU Edry tu. Naya dia beb sampai terpaksa kahwin terus.

Monday, July 31, 2006

SIKAP ANGKUH ISRAEL

Sudah masak kami laporkan bahawa Amerika merupakan dalang Israel terbesar (dan bukan sebaliknya). Ia jelas dari sifat takbur Israel yang dengan sewenang-wenangnya memandikan Lebanon dengan hujan bom tanpa halangan ataupun had dari mana-mana pihak. Aku cukup bengang melihat situasi ini berlarutan. Tidakkah UN boleh mengambil apa-apa tindakan terhahap perbuatan Israel ini. Perbuatan mereka membatasi segala undang-undang dunia. Dalam pada itu, kuasa-kuasa besar hanya mampu melihat dan membuat komen-komen yang tak berdaya langsung. Kalau UN benar-benar ingin melihatkan suatu perubahan, takkan ia tidak boleh memaksa luncutan senjata ataupun meletakkan sanction ke atas Israel sepertimana sanction telah diletakkan ke atas Iraq dan South Africa suatu ketika dahulu. Ia jelas bahawa UN juga merupakan dalang Israel. Dunia kini sedang dijajahi Yahudi.

Yang aku paling sedih kenapa masyarakat Islam ber diam bisu sahaja dan tak berdaya melakukan suatu concerted effort terhadap Israel. Bukankah masyarakat Islam merupakan negara-negara yang kaya disebabkan pendapatan minyak? Contohnya, Saudi, Iraq, Brunie, Malaysia, Indonesia. Kita sebenarnya miskin dalam kaya. Itulah sebabnya kita tidak berdaya. Kaya sebab kaya dengan bahan semulajadi. Miskin sebab gagal memaksimakan impak kekayaan kita dan hanya golongan-golongan tertentu sahaja yang kaya. Dengan kekayaan dunia, banyak boleh dilakukan. Contohnya, pendidikan, penyelidikan, perbankan, pentaklukan ekonomi. Hanya dengan ini bolehlah masyarakat Islam menakluk kuasa-kuasa dunia dengan adil (dan bukannya secara terrorism).

Hujun minggu lalu aku cukup bangga melihat UMNO Youth dan PAS Youth berdemonstrasi US. Kalau berdiam bisu sahaja buat apa. Lagi teruk kalau nak berbaik-baik pula. Saya sokong pengataan UMNO Youth "Rice tidak berhak berada di Malaysia". Muka KJ di muka hadapan suratkhabar menentang secara bersungguh-sungguh membuat saya bangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Mana pula si Hishamuddin? Sebagai ketua UMNO YOuth dialah sepatutnya mengetuai pergerakan tersebut. Jangan salah sangka ye Hisham. Tapi aku rasa engkau kenalah berusaha lebih sedikit. Jiwa orang muda ni panas. Kita nak tengok pemimpin yang mendukung aspirasi kita bukannya seorang pemimpin yang mempunyai sifat bertentangan denagn aspirasi kita. Jadi tolonglah turun ke padang ye. Janganlah syiok sangat di atas sofa baldu kamu tu.

Thursday, July 27, 2006

KUALITI ALAM SEKITAR - DATUK MUSA AMAN SI PENGANCAM

Saya cukup tak faham kenapa manusia sanggup menggadaikan anugerah semuladi Tuhan demi ganjaran material. Sikap Datuk Musa Aman tidak mengendahkan arahan Pak Lah cukup membimbangkan saya. Kalau arahan tu suatu arahan yang baik, terimalah. Janganlah nak pandai-pandai melanggar arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Nak buat clubhouse tu saya cukup tak faham. Ada orang nak tee-off ke dari Pulau Sipadan. Takkan nak buat golf course pulak. Cukup ke penduduk Pulau SiPadan tu nak buat clubhouse? Apa lah logiknya. Oleh sedemikian saya cuma boleh buat satu andaian sahaja. Adalah geng-geng nak buat skim cepat kaya tu.

Pelawat asing dan tempatan bercuti ke Pulau Sipadan untuk menikmati keindahan alam laut bukannya keindahan (kemungkinan besar keburukkan)pertukangan atas laut. Orang-orang divers ni tak kisah bab-bab clubhouse wahai Datuk Musa Aman. Pagi-pagi subuh dah terjun masuk laut sampai lah malam. Kadang-kadang malam pun boleh seround lagi. Takde masa la nak lepaq kat clubhouse. Kaki golfers tu faham la sikit. Tapi takkan la buat golf course kot. Kalau ya nak buat golf course jugak, memang tindakan patut diambil ke atas kamu wahai Datuk. Apa kata kita bukak fail ACA? Barulah drama sikit.

PERJUMPAAN ANWAR DENGAN TOKEY BABI

Saya difahamkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah membuat perjumpaan dengan beberapa tokey-tokey babi di kediamannya. Tujuan tepatnya masih tidak dapat dikenalpasti buat masa ini. Tetapi apa yang boleh diandaikan adalah bahawa DSAI sedang bergiat cergas untuk mendapatkan undian golongan Cina. Mengapa harus dia menggunakan saluran sebegini? Tidakkah dia tahu bahawa sokongan yang diberikan kepadanya buat masa ini akan hanya digunakan sebagai "leverage" oleh tokey-tokey babi ini kelak untuk mempergiatkan usaha ternakan babi mereka. Tak cukupkah bahawa Malaysia kini salah satu negara pengeluar daging babi terbesar di rantau ini. Singapura menggunakan Malaysia ini sebagai kandang babinya. Malu. Cukup malu. Nak berbaik-baik sangat buat apa? Ingat DSAI - kalau mintak tolong mereka sekarang, lain kali mereka mintak tolong kamu pulak. Saya cukup tak faham. Saluran najis babi ni masuk kampung Melayu jugak. Dulu ya ya sangat peliharakan hak Melayu. Saya tak faham langsung. Kalau boleh tolonglah jelaskan ya.